Wednesday, April 2, 2008

Sebelum memulakan perniagaan, kita hendaklah menentukan bidang perniagaan apa yang hendak diceburi. Pemilihan idea perniagaan sangat penting kerana ini adalah langkah pertama yang mesti dipenuhi. Dengan idea perniagaan yang sesuai dengan faktor faktor yang diambil kira akan memastikan perniagaan akan berjalan lancar atau berprospek untuk maju.

Mengenalpasti, mengkaji dan memilih idea perniagaan adalah merujuk kepada beberapa faktor yang di ambil kira secara serius. Faktor adalah termasuk pakaian, makanan rekreasi, pengangkutan, kesihatan, pendidikan dan banyak lagi yang tersenarai. Segala faktor ini mesti lah menjurus kepada kehendak pengguna dan masyarakat.

Seseorang yang bergelar usahawan mesti menilai dari berbagai sudut seperti pengalaman sendiri, minat, pengetahuan dan kemahiran serta kewangan. Faktor faktor yang lain di ambil kira adalah dari segi persekitaran, pasaran, risiko, teknikal, masyarakat dan keupayaan sesebuah idea tersebut unutk berkembang dan perancangan.

Apakah idea perniagaan yang terfikir oleh anda sekarang? Kebanyakan usahawan bermula kerana mereka ingin bekerja sendiri. Persepsi yang kadangkala tercipta adalah seseorang usahawan adalah yang memiliki keupayaan yang unggul. Membuat sesuatu yang inovatif, terkini, idea yang julung kali dibuat, sesuatu yang sangat berlainan, sehingga orang lain bertanya kepada diri sendiri mengapa tidak pernah terfikir hendaklah berbuat sedemikian! Walau bagaimanapun idea sedemikian hanyalah segelintir saja dan kadang kadang idea yang terlalu radikal tidak dapat diterima masyarakat dan akhirnya ranap.

Idea perniagaan boleh bermula dari acuan yang sedia ada. Ramai usahawan mengubah acuan tersebut dan memberi nilai tambah kepada idea yang tersedia.

Ambil contoh seperti restoran, kedai dobi, bank, bakeri, dan kedai runcit yang merata rata. Pertimbangkan juga seperti servis akauntan, jurutera, pereka pakaian, tukang paip dan banyak lagi tersenarai dalam buku direktori.

Mereka bermula sebagai pengikut dan bukan ‘trendsetter’ namun mereka merencanakan idea mereka menjadi unik dan sasaran pasaran yang khusus atau ‘niche market’. Kebolehan mencari kelainan menjadi petua mereka terkenal dan berada di kelas tersendiri.

Kerjaya usahawan atau peniaga boleh dimiliki sesiapa saja. Tidak ada acuan atau template yang khusus untuk bergelar usahawan. Tidak ada kelayakan atau perlu memasuki universiti terkenal dunia untuk mejadi usahawan. Malah sejarah tercipta apabila seseorang yang tidak kenal huruf menjadi usahawan berjaya. Anda juga tidak perlu mewarisi gelaran daripada keluarga anda tapi sesiapa saja boleh!

Maka jadilah di antara berjuta juta masyarakat usahawan di seluruh dunia. Menurut sebuah buku yang saya baca, di United Kingdom, seramai 3 juta pemilik peniagaan yang beroperasi tanpa pekerja dengan nilai sebanyak 200 billion pound. Di Amerika Syarikat pula sebanyak 17 juta syarikat kecil dengan seorang atau 2 pekerja yang menyumbang trillion dollar pendapatan kepada negara mereka.

Renungkan dan bertindak sekarang. Sekian sehingga berjumpa lagi.